http://imageshack.us/photo/my-images/841/love011.gif/

gaza i'm with you

Selasa, 20 November 2012

i pray earnestly for you..believe me you are not alone!

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 11/20/2012 12:31:00 PG
Assalamualaikum WBT..moga diri kita terus diberi peluang untuk memuhasabah diri kearah kebaikan..ajal maut tiada siapa yang tahu..doa siang dan malam saya hulurkan untuk sahabat-sahabat seislam tidak kira di Malaysia, Eropah atau dibumi arab yang sentiasa dilindungi oleh Allah SWT..serendah diri saya bersujud memohon keampunan di setiap kelalaian yang tidak pernah saya insafi...dan doa mengharapkan agar Allah SWT terus memberikan saya dan sahabat-sahabat yang lain peluang untuk terus berubah kearah kebaikan menuju ke jalan yang lurusNya..sujud syukur dilakukan keatas kebahagian, keamanan dan kehadiran insan-insan yang mewarnai kehidupan kita semua..tanpanya bukan mudah untuk kita menjalani kehidupan sebagai hambaNya..syukur dihulurkan diatas kehadiran ibubapa serta keluarga yang sentiasa memandang kita dengan senyuman serta gelak tawa yang membawa kita kedunia kedewasaan..terima kasih juga saya hulurkan kepada pemimpin yang membawa keamanan kepada negara tercinta ini walaupun ideologi kita berbeza namun setiap usaha dan titik peluh itu harus kita hormati..doa untuk sahabat-sahabat seislam di Gaza terus kita hulurkan walaupun khudrat untuk membantu secara nyata tidak mampu..diharap doa ini mampu menjadi senjata kuat untuk membantu mereka disana..betapa saya menggagumi keteguhan mereka mempertahankan tanah air mereka..kekadang saya tertanya mampukah saya menjadi seperti mereka jika saya berpeluang berada di tanah tercinta itu..hanya doa dan airmata dapat saya hulurkan apabila melihat bayi-bayi serta kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman mereka oleh yahudi laknatullah itu..inillah kehidupan manusia akhir zaman..moga Allah SWT terus melindungi mereka dan kematian mereka bukan sia-sia, kematian mereka adalah kerana syahid dijalanNya..doa untuk kakak, abang, ibubapa serta adik-adik kita di Gaza harus kita hulurkan..moga panji islam terus berkibar disana dan laungan azan terus berkumandang di bumi yang sentiasa di rahmati oleh Allah itu.

gaza..i'm with you..what can i do is praying for your safety and Allah always with us..be strong and for my everyday do'a, i will always remember you!




p/s: sedang bertukus lumus menyiapkan thesis saya..pening kepala dibuatnya..patutla senior-senior dulu pernah kata, thesis akhir tahun ni betol-betol mencabar kewibawaan sebagai pelajar selama 3 tahun setengah belajar di IPT..emm..moga usaha membuahkan hasil yang setimpal..doakan kejayaan saya sebagai pelajar tahun akhir jurusan pendidikan major in mathematics..In Shaa Allah!

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my blog anniversary

Daisypath Anniversary tickers
 

AKU+DIA+KAMU Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review