http://imageshack.us/photo/my-images/841/love011.gif/

gaza i'm with you

Khamis, 30 September 2010

..saya sangat cintai DIA..tapi saya takut padaNYA

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 9/30/2010 10:44:00 PG 0 comments
Siapa DIA? sbg umat islam...pasti anda kenal siapa DIA yg sy maksudkan..... saya teramat ingin mencintai DIA tp sy sentiasa takut pdNYA...knp? kerana sy sentiasa lalai pada pd setiap apa yg di suruhNYA.....sy sgt takut DIA memarahi sy....sy takut dgn hukumanNYA...sb sy tahu...bila berdepan dgn hukuman dariNYA sy jd tidak berdaya....sy jd sgt kerdil....


Saya takut nak lakukan sesuatu yg di larangNYA...sy takut andai selepas sje sy lakukan...belum sempat pun mintak maaf dgn DIA....DIA dah hukum sy.... waktu tu...layakkah lagi sy merungut....sudikah lg DIA mendengar rayuan sy.... sy sgt takut sehinggakan bila sy lakukan kesalahan...saya takut utk keluar dari rumah...sebelum sy minta maaf dari DIA atas kelalaian saya.....sy takut......andai DIA ambil semula hadiah berharga yg DIA beri pd sy....suatu benda paling sy perlukan utk teruskan hidup...jika saat itu berlaku....sy x mampu melakukan apa-apa...kerana sy tak memiliki apa-apa tanpa DIA....harta..kekuatan..kebahagian...semua itu bkn milik saya... tp milik DIA....


Apa lagi yg tinggal pd sy andai DIA membenci diri sy....sb itulah sy sgt takut pd DIA........tp sy amat bersyukur kerana ketakutan itulah...menguatkan lg cinta sy pd-NYA....moga ketakutan itu tak hilang bt selama-lamanya...insyaallah~

Khamis, 23 September 2010

wowww..

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 9/23/2010 10:21:00 PG 0 comments
woww..
woww..pewitttttt!! kenapa dirimu begitu..
sungguh dahsyat! sehingga aku tidak jemu mengekorimu..
dua tiga hari ni..
dirimu sahaja yg aku fikirkan..
susunan kata2mu..frasa indahmu..ayat2 cinta darimu..
sungguh buat aku tak dapat tidur malam

woww kenapa dikau mengganggu aku siang dan malam??!!
sehingga aku lupa pada kerjaku yang lain..
dahsyat betol dikau mempengaruhiku!!
bila dikau mahu berhenti mengekoriku??
please!!hentikan semua ini..
mengertilah...
aku perlukan ruang untuk berehat.

FRANCE OHH FRANCE
kenapa?kenapa?dan kenapa??
kenapa dikau begitu menyusahkan aku akhir2 ni..
sakit tau otakku untuk mengingati sebutan kau..
please! cepat2 la kau berambus dari mindaku ini..
huhh!!bila semua ni akan

Khamis, 2 September 2010

TELAH KUPILIH JALANMU..^^

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 9/02/2010 01:18:00 PTG 0 comments
Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan



Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa



Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku
Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku



Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini
Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa


Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

TENANGLAH HATI..^^

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 9/02/2010 01:08:00 PTG 0 comments
Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.

Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"
Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.
Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..
Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.


Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...


SYUKRAN~^^

DOA UNTUK KEKASIH

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 9/02/2010 01:06:00 PTG 0 comments
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…



Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…



Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…



Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…



Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…



Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…



Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.



raya dulu raya sekarang..

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 9/02/2010 12:37:00 PG 0 comments
salam to all my lovely readers...
entry kali ni just nak kongsi pada semua tentang raya dulu dan raya sekarang..pada pandangan personal aku..raya untuk kali xla semeriah raya2 terdahulu..seingat aku..time zaman kanak2 dulu, 2 minggu sebelum raya pun dah rasa kemeriahan raya tue..setiap rumah dah diterangi cahaya pelita..dulu, pelita xla pelita cam zaman sekarang, sumenya dah boley dibeli kat pasar but dulu pelita kami reka sendiri..kami tebang pokok buluh dan tebuk lubang kat batang buluh tue..bahagian penunu plak kami buat dengan kain mop pastu kami balut dengan kepingan tin yang dah dipotong empat segi..dalam buluh tue kami masukkan minyak tanah,,,memang cantik!malah malam raya plak aku and sepupu2 p jalan2 keliling kg dengan tanglung...tapi sekarang seminggu sebelum raya pun susah nak tengok org pasang pelita, yg di pasang cuma lampu liplap..malam raya pun dah susah nak dengar suara budak2 bermain maybe masing2 bimbangkan keselamatan anak masing2...bila di pikirkan nak jer kembali dunia kanak2..sekarang, nak main bunga api pun dah rasa malu..maklum la dah tua bangka...huihuihui..sekarang pun dah susah sangat nak tengok orang buat sendiri biskut raya( termasuk family aku), yang banyak sekarang biskut tunjuk( biskut yg beli kat kedai jer)..ahli keluarga pun sekarang dah berkurang nak beraya kat umah..kakak sulung raya kat umah suami, kakak kedua kerja, raya pertama xdapat blik...sedey bila time raya nih adik beradik xdapat berkumpul sama2..sob!sob!sob!..papew pun selamat ary raya untuk readers sekalian..^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my blog anniversary

Daisypath Anniversary tickers
 

AKU+DIA+KAMU Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review