http://imageshack.us/photo/my-images/841/love011.gif/

gaza i'm with you

Isnin, 15 Oktober 2012

aku bukan berlian

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 10/15/2012 02:31:00 PTG 1 comments
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana..Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.. Bukan rupa yang ku impikan, bukan harta yang ku inginkan..malah bukan darjat yang kukejar..
Tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam dirimu yang ku perlukan.. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu..

Andainya kamu adalah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan kelak.. Bahagia itu pasti menjadi milik kita, itu janji Allah..kerana itu aku sentiasa berharap pemahaman agamamu lebih tinggi dari aku kerana aku ingin kamu mendidikku kelak..bukannya aku tidak boleh mendidik kamu tapi hormatku terhadapmu lebih tinggi dan aku bimbang jika aku akan menjadi bangga diri serta lupa akan kamu yang sepatutya menjadi ketua keluarga...justeru jangan pernah katakan kamu bersedia melamarku andai kamu belum cukup mampu untuk membimbingku kearah jalan yang satu itu..siapkanlah dirimu kerana aku juga sedang menyiapkan diriku kearah perjuangan itu..pimpinlah aku tatkala kau sudah mampu memimpinku sebagai seorang suami dan juga hamba kepada yang maha satu itu...sesungguhnya aku hanya mahu engkau memimpin ku dan pasti aku akan taat kepadamu..



Isnin, 8 Oktober 2012

istikharah cinta

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 10/08/2012 05:06:00 PTG 2 comments
ingin sekali berkongsi dengan teman-teman sekalian tentang lagu yang saya rasakan begitu indah tuturkatanya..malah membuatkan saya berkali-kali untuk mendengarnya..ini bukanlah lagu baru tapi yang saya rasakan teman-teman sekalian sudah pun terbiasa mendengarnya..ini adalah salah satu lagu yang saya sangat suka dari dulu sehinggalah sekarang..



Bersaksi cinta di atas cinta
Dalam alunan tasbihku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh doa

Sebut nama-Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjuk-Mu
Satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Memenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Di istikharah cinta

Sabtu, 6 Oktober 2012

la tahzan kerana cinta

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 10/06/2012 10:38:00 PTG 5 comments



kenapa tuhan mempertemukan kita dengan insan yang salah sebelum Dia mempertemukan kita dengan insan yang sebenarnya?..kerana  Dia ingin melihat sejauh mana ketabahan kita dalam menhadapi dugaan tersebut..kerana juga Dia ingin memberi kita satu pengalaman yang amat bernilai dalam hidup kita..kerana itu,  tidak pernah sekalipun aku merasa menyesal dengan apa yang telah berlaku dalam hidup ini...teruskanlah berdoa kawan walaupun anda masih sendirian kerana suatu hari, Dia akan mempertemukan kita dengan insan yang lebih layak merasai cinta kita....Dia tidak akan pernah mengecewakan kita dan percayalah awan mendung yang melindungi sinar mentari akan pergi jua suatu hari nanti..jadikan kekecawaan itu sebagai pengalaman hidup yang amat bernilai...kebahagian pasti menanti kita ...percayalah pada yang SATU itu..

dariku:




tuhan tidak akan pernah membiarkan hamba-hambanya terus hidup dalam kekecewaan..kerana itu Dia mempertemukan kita sekali lagi dengan cinta..cinta yang membuatkan kita takut untuk menerimanya..cinta ini membuatkan kita bersifat sungguh berhati-hati...justeru itu, aku terus menerimanya sekadar teman biasa yang aku jua mengharapkan pengakhiran yang baik buat kami...kerana jarak yang wujud itu, hanya pada tuhan aku serahkan segala-galanya...pertemuan yang baik itu seharusnya diakhiri dengan yang baik jua namun, jodoh pertemuan hanya tuhan yang layak keatasnya..




hanya satu yang aku harapkan..biarlah jarak yang wujud ini dapat membuatkan kita lebih kenal siapa diri kita dan dengan itu dapat mendekatkan diri kita padaNya kerana perjalanan hidup ini telah ditentukan olehNya..terima kasih kerana sudi menerima setiap kekurangan diri ini..

Rabu, 3 Oktober 2012

no1 for me

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 10/03/2012 12:56:00 PG 0 comments
saya hanya ingin bersama dengan orang yang menyayangi saya..yang bukan sahaja dianggap kekasih atau suami tetapi kawan baik malah teman hidup didunia dan diakhirat..saya tidak memerlukan seorang kekasih atau suami yang hanya mencintai saya tetapi yang dapat membimbing saya kearah jalan yang diredhaiNya kerana jika dia mencintai saya, dia tidak akan pernah cuba merosakkan saya malah menambahkan dosa-dosa saya..saya hanya memerlukan seorang pendamping yang sudi melihat kekurangan saya dan bukan mengagungkan saya kerana kelebihan yang sedikit itu..saya tidak inginkan seorang lelaki yang bermadah pujangga tetapi cukuplah seorang yang sentiasa tahu untuk menjaga saya dan menghormati saya sebagai wanita


Selasa, 2 Oktober 2012

restu ibuku

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 10/02/2012 01:04:00 PG 0 comments
assalamualaikum WBT..
restu?restu apa yang aku dapat dari ibuku?..restu untuk aku menjalankan salah satu ibadah terbesar didunia ini...apa tue?restu untuk aku bertunang..satu langkah menuju ke gerbang rumah tangga...mak aihh sportingnya ibu aku sorang tue..hahaha..betul, ni cerita betul bukan cerita putar belit..jadi aku boleh bertunang bila-bila masa pun aku suka..puihh gatainyer!!hahaha..sebenarnya rasa macam happy giler jer, excited pun ader..sebab tue rasa nak buat entry hal-hal merepek macam ni..tapi yang pasti, diri sendiri pun tak tau siapa yang terbaik untuk aku..istikharah lah shida!!!betul..istikharah jalan terbaik..tapi yang terang lagi bersuluh, insyaallah selepas aku habis belajar..so, saudaraku..bersabarlah anda! ^_______^ .bila diingat kembali kenangan zaman-zaman dulu, tak pernah terpikir hal-hal perkahwinan ni, tapi bila umur dah masuk lewat remeja ni..hal-hal macam ni memang jadi trend..isu-isu perkahwinan dan hal kekeluargaan akan menjadi tarikan utama..yekewww????? ^___^ ....shida, cepat belajar memasak kalau nak kahwin!!!grrrr sungguh aku bukan yang pandai masak pun..setakat campak-campak tue bolehlah..so, saudaraku..bagilah saya masa ea??yang jelas, saya tengah belajar untuk jadi yang terbaik buat awak.....^___^ ...


...opppss terlupa nak cakap..ada seorang hamba Allah kat FB, dia ade tanya knapa xder gambar saya kat fb??so, jawapannya..itukan channel FB saya, so terpulang kat saya la nak letak gambar or tak..yang penting saya bahagia..hehehe...

P/S: yang layak dipandang dan direnung wajah seorang wanita adalah suaminya serta ibubapa dan adik-beradik kandungnya serta saudaranya yang layak sahaja....COPYPASTE DARI BLOG SEORANG HAMBA ALLAH!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my blog anniversary

Daisypath Anniversary tickers
 

AKU+DIA+KAMU Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review