http://imageshack.us/photo/my-images/841/love011.gif/

gaza i'm with you

Sabtu, 28 Ogos 2010

WAHAI MUSLIMAH..TAHUKAH DIKAU??

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/28/2010 05:58:00 PTG 0 comments
Wahai Muslimah ku tahukah dikau….
Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau….
Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau….
Ratu bidadari pada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau….

aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.
Wahai Muslimah ku tahukah dikau….
Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini ……
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….……
InsyaAllah…..



DI MANA CANTIKNYA WANITA

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/28/2010 05:42:00 PTG 0 comments
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

MUSLIMAH VS PUTUS CINTA

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/28/2010 05:34:00 PTG 0 comments
Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam. Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.




Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend’ sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.


Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.


Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.


TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:


1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.


2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.


3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.


4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.


5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.


6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.


7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

mesti baca jika anda wanita islam!!

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/28/2010 05:29:00 PTG 0 comments
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)
Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? JWPN - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama? JWPN - Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

1.Dalam perkara solat subuh pun sama :

■perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya
■Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/28/2010 05:23:00 PTG 0 comments
GADIS itu..
wajahnya berona  NUR IMAN..
maruah diri dipagari dengan KESOPANAN..
dialah puteri indah RUPAWAN..
tika gadis lain sibuk menghias diri..
dia hias NUR ILAHI pada wajahnya..
tika gadis lain sibuk mencari  SANG PUTERA..
dia selesa bersama cintaNYA..
tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA..
dia tekun dengan bait kata TUHANNYA..
tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA..
dia tangisi KEHINAAN diri sebagai hamba..
GADIS itu..
seperti MAWAR BERDURI..
INDAH DIPANDANG namun SUKAR DIPEGANG..
mulianya kerana KETAKWAANNYA..
cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA..
kerana itulah dikatakan dialah..
GADIS IDAMAN

WAHAI WANITA..

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/28/2010 03:12:00 PTG 0 comments
Wahai wanita tidak bertudung,
Sungguh cantik alunan rambut mu,
Bebas menggerbang kemas terikat,
Terserlah di bawah cahaya mentari,
Mentari dunia yang tak sehebat neraka,
Iaitu api yang kan membakar rambut mu,
di hari akhirat hari penentu,
maka hanguslah segalanya,
hilanglah cantik alun rambut mu,
tiada lagi yang menggerbang,
tiada lagi yang terserlah.
Oleh itu jadikanlah diri mu,
Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,
Sungguh cantik alas kepala mu,
Ringkas pendek tersempang rapi,
Tersembul jambul tertutup dahi,
Terserlah lah bentuk tubuh,
Mengapa tidak dilindungi?
Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?
Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?
Tidakkah kau ingat,
Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,
Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,
Mereka itu wanita yang tak bertudung,
Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,
Oleh itu jadikanlah dirimu,
Sebahagian daripada mereka yang bertudung,
Bertudung labuh hingga ke paras dada.


Wahai wanita bertudung labuh,
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa.


Wahai wanita yang bertaqwa,
Andai kau telah sampai ke tahap ini,
Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,
Syariat islam sebati dalam diri,
Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,
Yang dijanjikan di akhirat nanti,
Dan tatkala di dunia ini lagi,
Muslimah solehah kau digelari,
Menjadi idaman setiap muslim soleh,
Yang sukar sekali untuk diperoleh,


Wahai muslimah solehah pula,
Jadilah mukminah mujahidah,
Mujahidah yang akan menyeru,
Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,
Mujahidah yang akan berdakwah,
Agar diri dan umat berubah,
Mujahidah yang akan mengajak,
Agar islam kembali tertegak.


Dengarlah wahai wanita..
Sahutlah seruan ini..

WANITA DAN EPAL

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/28/2010 03:06:00 PTG 0 comments
Wanita ibarat Epal.
Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.
Susah di petik, susah di gapai.
Terkadang epal itu risau,
kenapala diriku belum di petik?
Lantas ia merendahkan martabatnya
dan mengugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,
sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.
Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?
Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... :)

kenapa tuhan pertemukan kita dengan orang yg salah..

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/28/2010 02:58:00 PTG 0 comments
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥

Rabu, 25 Ogos 2010

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/25/2010 01:58:00 PG 0 comments

Selasa, 24 Ogos 2010

malam penuh kenikmatan..

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/24/2010 07:12:00 PTG 0 comments
salam..agak dah lama xpost entry untuk tatapan readers semua..mungkin disebbkan kengkangan mase mmbuatkan aku terlupa sejenak kat blog aku nihh..ke hulu ke hilir mgejar ilmu, inila dinamakan students life..entry untuk kali ni pasal pglamam pertama aku kat s.alam ni berterawih kat masjid yg aku xpnh aku p selama nih..aku ni bukan la pandai sgt bab agama ni tapi xla jahil sgt bab2 agama ni, sebenarnyer sepnjg aku & kengkawan berterawih kat masjid tue, byk perkara yg betul2 memeningkan kpala kami walhal hal2 yg kami xpnah tgk selama nih..salah satunya, mengenai saf wanita, yakni saf yg memberatkan ke kiri dan bukannya ke kanan yg selama ni dilakukan oleh kebyakan masjid..entah aku pun xtaw samada boley ataw tidak buat saf sebegitu...yang kedua, mengenai makmum wanita yg ader solat terawih sorg2 walhal dia bersolat berjemaah..agak terkejut kami dibuatnya dan terang2 menjadikan saf wanita tersebut terputus..itu yg selalu kami dapat lihat, yg terbaru yg mata aku dpt tgkap ialah dalam satu saf tue, ader yg solat terawih berjemaah dan ader pulak yg solat witir..bukankah dalam satu saf tue xboley bercampur aduk dgn solat len??..inila antara pgalaman baru aku yg agak pelik dalam hidup ku ini..nak jer jugak kami tegur dorang but xterkeluar pulak teguran tue coz rata2nya adalah org2 yg sudah berusia drpda kami yg pada benakku mereka ini lbh tahu dalam hal2 agama ni berbanding kami...papew pun, harap sempat la lg untuk aku wish selamat berpuasa kat readers yg sudi membaca entry2 ku ini...

Isnin, 16 Ogos 2010

renungkan....

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/16/2010 07:15:00 PTG 0 comments

Ahad, 15 Ogos 2010

impian kami..

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/15/2010 06:52:00 PTG 0 comments
salam readers..entry untuk kali just nk kongsi pasal keseronokan kami di i-city..yup,i-city!!maybe bg org len tmpt tue xder la nk jd tmpt impian dorang but kami mmg dah lame plan nk p tapi selalu jer xder masa..so kali ni, Alhamdulillah dpt jugk kami pergi sana walaupun terpksa berasak2 dalam kereta..almaklumla kami ni dah la 7org, badan plak besar2 so terpksala tahan segala bau wangian dalam kreta tue..thanz a lot to our senior, nazri coz bawak kiteorg p sana..len kali kita p bukit cerakah plak yea nazri??dgr kta kat sane tgh musim bunga..huihuihuihuihui..tp yg sedeynyer, bila kami ni tgh excited nk p msuk dlm umah salji & umh hantu, nazri plak buat hal, da kew patut dia terlupa nk bwk tiket..tp sebenarnyer salah kiteorg gak coz xigatkan dia awl2...so mlm tue kami just amek2 pic jer la..papew pun mmg seronok p sane walaupun pgunjungnyer mmg agak hot teramat hot..hahaha..^^

Selasa, 10 Ogos 2010

SUMPAH, AKU SYGKAN MEREKA!!

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/10/2010 12:36:00 PG 0 comments
salam readers..AKU SAYANG SANGAT KAT KORANG!!..walaupun aku xpernah ucap ayat ni dengan serius kat korang but aku memang sayangkan korang sangat2..korang la teman aku sejak aku form 1 lagi..kita kenal dari ari pertama jadi budak secondary skool lagi..HUDA, NUR, JANNAH & ATHIRAH..walaupun sekarang kita dah jauh, masing2 dah buat hal sendiri but aku teringin sangat law dapat lepak2 dgn kamu sume..cam dulu2..cam zaman kita tengah nude sume...time tue sronok..nak pergi toilet pun, kuar lima2 sekali..sampaikan sorang jadi pengawas, sume pun nak jd pengawas..mujur pakwe xkongsi berlima..hahaha..sekarang bila dah besar, dah jadi makin cantik, makin laku, sume buat hal sendiri..nak jumpa setaun sekali pun susah,,,satu benda yang aku sangat terkedu,,hijab dah xder kat kepala....janganla macam ni kawan..walaupun kamu dah xrapat dengan aku, dah ader teman baru but aku still agak korang teman baik aku..jagala akhlak kita..walau kita cantik macamana pun but xpakai hijab, ramai yang akan pandang serong kat kita kawan...sekarang ramai kenalan kita cakap kita dah macam berpecah..aku xtaw nak beritahu kat mereka mcmaner sbb itula yang sedang berlaku sekarang..kita berpecah..sekarang group gelombang biru dah xder..aku rindukan suasana dulu..kamu bergaduh antara kamu..aku berada ditengah2..xtaw nak tegakkan yang maner..last2 aku just dapat tengok group kita hancur...itu ini yang aku dengar..walau aku jauh dari dorang but aku still amek berat kat dorang...

bukankah persahabatan sampai akhir hayat kita?

Rabu, 4 Ogos 2010

cup cake!!!

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/04/2010 09:11:00 PTG 0 comments
salam readers..rasanya dah lama xpost entry tentang aktiviti aku sendiri tok bulan lapan ini...haha entry kali tentang cup cake!(^^) Emm sebenarnya aku xtaw la nak tulis apew cup cake ni cuma yg specialnya sal cup cake ni adalah present dari memberku sorang ni..sebenarnya aku xnak pun post sal cup cake ni but kerna memberku cik aida ni beria-ia sangat nk aku post kat blog aku so terpaksa la aku create entry sal cup cake yang comel molek nih..actually dulu time bufday aku baru-baru adala jugak aku paksa dorang belikan aku cupcake ganti kek bufday aku..so sekarang baru la dorang berkesempatan beli cup cake ni..huihuihui..papew pun thanks to my friend ainor...sayang ainor sangat2!huihuihui..
inila antara cup cake tue yg sempat aku amek sebelum kiteorang makan..huihui



nila cup cake name cik aida..beria-ia dia uruh aku msukkan name dia lam entry kali ni..huiii

DERINGAN JAM KEMATIAN

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/04/2010 08:46:00 PTG 0 comments
Kisah ini di ceritakan oleh Ustaz Amaluddin Mohd Dapiah, semoga kisah ini dapat menguatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNYA. Amin. Marilah sama-sama kita hayatinya.


         Sudah menjadi ketentuan Allah s.w.t. bahawa kehidupan seseorang manusia di dunia ini ada had, batasan dan waktunya yang tertentu. Ditetapkan juga ke atas dirinya ajal yang tidak mampu untuk kita menahannya. Ajal yang tidak tercepat atau terlambat walau sesaat pun. Tiada siapa yang terkecuali dari sunnatullah ini.
Firman Allah yang maksudnya:
       “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu, maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (Al-A’raf:34)

Kata-kata syair:

“Kehidupanmu itu adalah nafas-nafas yang boleh dibilang. Setiap kali berlalu (dihembuskan) satu nafasmu, maka berkuranganlah sebahagian lagi daripada nafas-nafas itu.”
Mati itu datang secara tiba-tiba. Begitulah ungkapan yang selayaknya. Suka atau tidak, bersedia ataupn tidak, manusia akan pasti melalui saat ini. Ya, ianya akan tiba juga..percayalah..
Bila mana manusia itu leka menikmati kehidupannya, berhibur, bersuka ria, bermain, bertebaran kesana kemari melaksanakan rutin harian mereka maka sekoyong-koyong tanpa disedari kematian akan datang secara meluru, menerkam dan menyerangnya bagaikan serangan raja singa ke atas mangsanya.

Takala itu tubuhnya serta-merta menjadi lesu dan lemah. Suaranya semakin hilang. Sendi-sendinya menjadi kaku dan kejang. Seluruh badannya dilanda kesejukan yang amat sangat.
Lalu bergemalah deringan jam kematian, mengkhabarkan bahawa ia semakin hampir untuk pergi meninggalkan dunianya. Sesudah itu lembaran amalanya akan dillipat kemas dalam keadaan denyutan jantungnya semakin lemah.
Kini satu persatu tanda-tanda kematian hadir menjamah tubuhnya. Wajahnya bertukar menjadi pucat kekuningan. Hidungnya tunduk jatuh. Manakala mata, penglihatan dan pendegarannya pula menjadi semakin kabur dan berat. Lidahnya pula menjadi bungkam, kelu dan bisu.
Saat inilah yang paling menakutkan. Dalam waktu yang sangat gawat dan genting ini jugalah sang iblis terlaknat bersama bala tenteranya datang untuk membuat kacau dan onar serta akan menghuru-harakan ke atas hambanya yang sudah terkulai lemah itu.
Iblis akan mengambil tempat di hadapanya. Bersama iblis, datang juga dua syaitan menyerupai wajah ibu dan ayahnya, mengambil posisi kiri dan kanannya. Apa sebenarnya helah musuh-musuh Allah ini?? Apakah yang hendak dilakukannya??
Syaitan yang si sebelah kanan akan menyamar sebagai wajah ayahnya dan berkata, “Wahai anakku, ayah sayang dan kasih padamu…akan tetapi, matilah anakku di dalam agama Nasrani itulah sebaik-baik agama.”
Manakala syaitan di sebelah kirinya pula berkata (yang menyerupai wajah ibunya) “Wahai anakku, perut emak inilah yang mengandungkan kamu dahulu, susu ibu inilah minumanmu dan paha ibumu inilah tempat ribaanmu..akan tetapi matilah di dalam agama Yahudi…itulah sebaik-baik agama.”

Demikianlah seperti yang diceritakan oleh As-Syeikh Abul Hasan Al- Fasi Al-Maliki. Hujjatul Islam, Syaitan juga akan datang kepada orang yang sedang nazak itu dengan sebuah bekas air yang sejuk lagi dingin. Keadaan hamba Allah itu pula sungguh membimbangkan. Dia di dalam kepayahan yang amat sangat kerana bergelut dengan kematian. Tekak kerongkong, paru-paru dan jantungnya hangus terbakar kerana kehausan yang amat sangat.”
“Di saat itu iblis ke kanan dan ke kiri, ke depan dan ke belakang dengan mengacah bekas air yang dibawanya sambil berkata, ‘kamu katakanlah ini dan ini, nanti aku beri kamu minuman air yang sejuk ini.”
Orang yang sejahtera nescaya akan ditetapkan imannya oleh Allah, manakala orang-orang yang celaka pasti akan menurut saja kata-kata dan pujuk rayu syaitan itu. Ya Allah, selamatkanlah kami dari tiupan dan godaan syaitan.
Sabda Nabi s.a.w.: “…dan sesungguhnya waktu yang paling syaitan dengan manusia adalah di saat kematian (nazak).” (Riwayat Abu Na’im) di dalam sepotong ayat Mursal, Nabi s.a.w. bersabda yang membawa maksudnya: “Saat yang paling hampir musuh Allah (syaitan) itu dengan manusia ialah di kala terbit rohnya.”

P/S: kisah ini diambil dari sebuah blog yg sangat menarik perhatianku, moga dengan terbacanya kisah-kisah seperti ini dapatla kita muhasabah kan diri kita selama mana kita berada didunia ini..^^~

Isnin, 2 Ogos 2010

KESINABUNGAN DARI HALAL HARAM BERCOUPLE:

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/02/2010 07:50:00 PTG 0 comments
INI ADALA ANTARA SOALAN YG SERING DIKATAKAN OLEH PASANGAN BERCOUPLE :

Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

JAWAPAN: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah
ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

HUKUM BERCOUPLE..HALAL OR HARAM???

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 8/02/2010 07:18:00 PTG 0 comments
BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang
sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum
pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik(Syurga). (Ali Imran: 14). Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi) ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70) Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.
Hukum Bercouple

SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram,
kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup
untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?



P/S: SEBENARNYA AKU XLAYAK PUN BERCAKAP ATAU POST ENTRY BEGINI KERNA AKU SENDIRI PUN PERNAH BERCOUPLE SEBELUM INI.. EVEN I ALWAYS MAKE A MISTAKES AND SINS BUT I TRY TO BE A BETTER PERSON..PRAY FOR ME YAA??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my blog anniversary

Daisypath Anniversary tickers
 

AKU+DIA+KAMU Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review