http://imageshack.us/photo/my-images/841/love011.gif/

gaza i'm with you

Selasa, 20 November 2012

i pray earnestly for you..believe me you are not alone!

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 11/20/2012 12:31:00 PG 0 comments
Assalamualaikum WBT..moga diri kita terus diberi peluang untuk memuhasabah diri kearah kebaikan..ajal maut tiada siapa yang tahu..doa siang dan malam saya hulurkan untuk sahabat-sahabat seislam tidak kira di Malaysia, Eropah atau dibumi arab yang sentiasa dilindungi oleh Allah SWT..serendah diri saya bersujud memohon keampunan di setiap kelalaian yang tidak pernah saya insafi...dan doa mengharapkan agar Allah SWT terus memberikan saya dan sahabat-sahabat yang lain peluang untuk terus berubah kearah kebaikan menuju ke jalan yang lurusNya..sujud syukur dilakukan keatas kebahagian, keamanan dan kehadiran insan-insan yang mewarnai kehidupan kita semua..tanpanya bukan mudah untuk kita menjalani kehidupan sebagai hambaNya..syukur dihulurkan diatas kehadiran ibubapa serta keluarga yang sentiasa memandang kita dengan senyuman serta gelak tawa yang membawa kita kedunia kedewasaan..terima kasih juga saya hulurkan kepada pemimpin yang membawa keamanan kepada negara tercinta ini walaupun ideologi kita berbeza namun setiap usaha dan titik peluh itu harus kita hormati..doa untuk sahabat-sahabat seislam di Gaza terus kita hulurkan walaupun khudrat untuk membantu secara nyata tidak mampu..diharap doa ini mampu menjadi senjata kuat untuk membantu mereka disana..betapa saya menggagumi keteguhan mereka mempertahankan tanah air mereka..kekadang saya tertanya mampukah saya menjadi seperti mereka jika saya berpeluang berada di tanah tercinta itu..hanya doa dan airmata dapat saya hulurkan apabila melihat bayi-bayi serta kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman mereka oleh yahudi laknatullah itu..inillah kehidupan manusia akhir zaman..moga Allah SWT terus melindungi mereka dan kematian mereka bukan sia-sia, kematian mereka adalah kerana syahid dijalanNya..doa untuk kakak, abang, ibubapa serta adik-adik kita di Gaza harus kita hulurkan..moga panji islam terus berkibar disana dan laungan azan terus berkumandang di bumi yang sentiasa di rahmati oleh Allah itu.

gaza..i'm with you..what can i do is praying for your safety and Allah always with us..be strong and for my everyday do'a, i will always remember you!




p/s: sedang bertukus lumus menyiapkan thesis saya..pening kepala dibuatnya..patutla senior-senior dulu pernah kata, thesis akhir tahun ni betol-betol mencabar kewibawaan sebagai pelajar selama 3 tahun setengah belajar di IPT..emm..moga usaha membuahkan hasil yang setimpal..doakan kejayaan saya sebagai pelajar tahun akhir jurusan pendidikan major in mathematics..In Shaa Allah!

Ahad, 18 November 2012

things that i love

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 11/18/2012 12:00:00 PG 0 comments
bila kebosanan melanda diri, rasa macam-macam nak tulis sebagai personal entry..malas nak mengadap buku-buku dan assignment yang memeningkan kepala tu...inilah namanya student..walaupun assignment berlambak-lambak, masih sempat juga saya mencari ruang untuk berfoya-foya bersama insan yang saya hargai kehadirannya..jadi cameron highland adalah tempat terbaik ..hanya dengan one layer shirt dah cukup untuk pergi kesana..tak perlu lagi pakai baju tebal-tebal sebab cuaca kat sana dah tak sejuk macam dulu-dulu..sebenarnya entry untuk hari ini bukan pasal my holiday tapi pasal benda yang saya sangat suka...so, terus scroll di bawah..hehehe :

1) my blog < www.shivespa.blogspot.com>

blog ni dah 3tahun usianya..tapi followers masih ciput..hehehe..agaknya kena promote blog ni kat fb +twitter dan alin-lain baru terkenal..

2) my twitter

twitter ni just untuk kawan-kawan uitm jer..hehe selective nampak kan?? background pun saya guna picture blog saya..comel x??hahaha..

3) my facebook channel < https://facebook.com/siti.abrahaman>


facebook ni saya kurang sikit..sekarang saya lebih gemar dengan twitter..so tweet la kat saya ea??? profile picture tue polaroid betol sebab tue zaman muda mudi saya..sekarang dah tua..mengaku jela kan??

4) my youtube channel

jujurnya dulu-dulu saya addict betol kat channel saya ni..tapi bila youtube ni tukar saya punya page jadi macam tu, terus beralih arah..hodoh betol! tapi subcriber saya boleh tahan juga kan???hehehe..yang penting channel ni untuk peminat cnblue je..disebabkan saya ni boice so, setiap hari saya dapat update tentang activities diorang..so melalui inilah saya sebarkan untuk boices kat luar saya..dapat juga "berkawan" dengan budak-budak korea..hehehe

5) my formspring

yang ni baru jer saya buat,,so follower baru sorang..hahahaha..

6) my songs 

inila antara tracklist yang saya selalu dengar..ada nasyid, malay song and kpop..

actually, saya sangat berminat untuk create video dan edit picture dengan software-software tertentu..dah lama berlatih guna software adobe photoshop tapi tak mahir-mahir lagi..huhuhu..perlukan seseorang untuk ajar saya guna benda alah tue..





Rabu, 14 November 2012

muhasabah maal hijrah

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 11/14/2012 06:08:00 PTG 0 comments
Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,

Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....


p/s: hari ini tetutupnya buku amalan kita untuk tahun ini, jadi ringan-ringan diri untuk membaca doa akhir tahun dan seterusnya doa awal tahun..moga diberi kesempatan untuk kita memohon segala kemaaafan pada penghujung tahun ini..moga esok dibukakan buku amalan kita dengan penuh keberkatan dan barakah dari Allah..


Jumaat, 9 November 2012

pemilik cinta

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 11/09/2012 06:41:00 PTG 2 comments
Cinta bukanlah segala-galanya yang kita perlu kejar..cinta boleh datang sendiri dengan izin dariNya..selagi tuhan kata ini bukan  waktunya, selagi itu cinta itu akan sendirian tetapi ianya tidak akan sendiri jika kita menyintaiNya…kerana itulah cinta yang sebenar-benarnya. Percaya pada apa yang telah ditentukan olehNya menjadi kunci kearah kebahagian cinta tersebut..kerana itu cintailah insan yang mencintaiNya juga kerana disitulah terlahirnya syurga didunia dan diakhirat..nur cinta itu biarlah mendapat maghrifah dariNya..biarlah tidak indah dimata orang, biarlah tidak cantik dipandang, biarlah tidak sekaya insan-insan yang lain, tapi biarkan ia indah dimata Allah, cantik dipandang disyurga kelak, biarlah ianya kaya dengan barakah dari Allah..tidak perlu bermudah pujangga dengan cinta dunia, tapi berlagulah dengan cinta yang hakiki itu..tak perlulah menjadi pohon yang rendah martabatnya tapi jadilah pohon yang berada dipuncak gunung..sukar diperolehi oleh tangan-tangan yang rakus..yang layak hanyalah tangan yang penuh dengan kesabaran dan tahu nilai pohon tersebut..cinta kata insan-insan biasa adalah cinta itu cinta yang buta tapi bagi yang dirahmati hidupnya, cinta itu adalah cinta yang penuh dengan Nur rahmat dariNya..cinta itu sungguh indah andai ia dibajai dengan iman dalam jiwa oleh si pencari cinta..andai pencari cinta tahu betapa bernilainya sesebuah cinta itu, pasti ia tidak akan diakhiri dengan kecurangan, tangisan dan perpisahan…lindungilah cinta kerana ianya hanya layak diberi pada sipemiliknya..

p/s: andai aku tahu dia pemilik cinta ini, pasti aku tidak akan pernah mencemarkannya dengan percintaan yang membawa aku kepada kelalaian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my blog anniversary

Daisypath Anniversary tickers
 

AKU+DIA+KAMU Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review