http://imageshack.us/photo/my-images/841/love011.gif/

gaza i'm with you

Ahad, 31 Oktober 2010

perempuan...tahukah kamu bahawa kamu sangat mahal..

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 10/31/2010 08:30:00 PTG 0 comments
Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.
Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.
Mengapa?
Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.
Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?

Aku dari rahim seorang perempuan
Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.
Saya, dari rahim seorang perempuan juga.
Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.
Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!
Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.

Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.
Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?
Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka

Perempuan sayap kiriku
Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan Hafiz Zainol Abidin, Tengku Fahmi, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.
Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.
Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.

Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.
“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.
Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?
MasyaAllah.
Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.

Maka amat menyedihkan saya jika..

Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.
Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.
Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.

Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.
Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.
Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?

Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…

Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.
Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.
Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.
Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.

Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?
Maka jangan murahkan.
Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.
Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.

article ini saya amik dari seorang hamba Allah..indah hasil tulisannya sampaikan saya baca berulangkali article ini..amik la pedoman..syukran..

Ahad, 17 Oktober 2010

renungan bersama...

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 10/17/2010 11:08:00 PG 0 comments

Khamis, 14 Oktober 2010

BAGIANYA DAPAT BF MACAM DIA..

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 10/14/2010 12:56:00 PG 0 comments
Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...
Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...
Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya... Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak... Wassalam

Sabtu, 2 Oktober 2010

bila lidah mencuba untuk berkata2..JOM CUBA!!!

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 10/02/2010 07:45:00 PTG 0 comments
salam readers..
izinkan aku mencapah kata2ku disini lagi..
maybe entry kali ni adalah entry yg terakhir untuk this semester..
.or i mean lepas final exam nanti baru aku akan post entry baru kat my lovely blog ni.
.almaklumla final exam dah hpr tiba..terpaksa aku offline jap niat aku untuk post entyr kat sini..
.hopefully, entry kali ni dapat menyeronokkan readers semua..^^~

JOM CUBA BAHASA KETIGA....***SAYA CINTAKAN AWAK***

BAHASA ARAB :  أحبك
BAHASA BELANDA : Ik hou van je
BAHASA JEPUN : 私はあなたを愛して
BAHASA KOREA : 당신을 사랑합니다
BAHASA PERANCIS : Je t'aime
BAHASA SEPANYOL : Te quiero
BAHASA THAI : ฉันรักเธอ
BAHASA HINDI : मैं तुमसे प्यार करता ह

P/S: TO ALL MY LOVELY READERS AND FOLLOWERS, WISH ME LUCK IN MY FINAL EXAM..

Jumaat, 1 Oktober 2010

KENAPA...shida SWIFT...

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 10/01/2010 02:11:00 PTG 0 comments
SALAM READERS..
entry kali ini just nak berkongsi dengan readers tentang SWIFT..yup, ape itu SWIFT! sebelum ni ramai yang membuat pelbagai andaian tentang nickname ni padaku..ader yang kata aku pakai kereta swift la..ader jugak yg kata aku peminat TAYLOR SWIFT..yup, sejujurnya memang aku peminat  TAYLOR SWIFT..so, andainya korang tue memang betul la selama nih..tapi yg kelakarnya bila ader yg kata aku bawak kereta SWIFT..mak aiiii, aku motor pun xder apatah lagi kereta..bukan kereta swift, kereta katak pun aku xder!!!
why TAYLOR menjadi penyanyi kesukaanku??? sebab....AKU SECOMEY DIA!!..HAHAHA..sebenarnya aku sukakan lagu2 dia..best..best...dan BESTTTT SANGATTTTT!!! aku boley layan semua lagu2 dia macam FAIRYTALE, FEARLESS, FIFTHTEEN, TWO IS BETTER THAN ONE, YOU BELONG WITH ME, LOVE STORY & banyak lagi la..tapi aku still jugak layan lagu2 lain selagi ia memenuhi selera diriku ini..

..........TODAY WAS FAIRYTALE..U WERE THE PRINCE..I WILL USED TO BE A DAMSEL IN DISTRESS........


                                   

pasangan..jika bukan di dunia...mungkinkah di syurga...

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 10/01/2010 01:18:00 PTG 0 comments
Kita mengetahui bahwa jika laki-laki masuk syurga, mereka akan mendapatkan bidadari. Apakah jika perempuan masuk syurga, mereka juga akan mendapat pasangan?

Firman Allah tentang kenikmatan syurga:

di dalamnya kaum memperoleh semua yang kamu inginkan dan memperoleh pula semua yang kamu minta. Sebagai hidangan dari (Allah) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Fushshilat :31-34)
dan di dalam syurga itu terdapat segala sesuatu yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata, serta kamu kekal di dalamnya (Az-Zukhruf :71)


Mempunyai pasangan adalah hal yang paling didambakan di samping keperluan-keperluan rohaniah. Keperluan para penghuni syurga akan dipenuhi, baik laki-laki mahupun perempuan. Seseorang perempuan akan dinikahkan oleh Allah di syurga dengan orang yang telah menikahinya semasa hidup di dunia.


Ya Tuhan kami, masukkanlah kami ke dalam Syurga Adn yang telah Enkau janjikan kepada Mereka dan orang-orang yang shaleh di antara bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka(Al-Mumin : 8)
Jika seorang perempuan pernah mempunyai dua suami di dunia, ia akan memilih salah satu dari keduanya di syurga. Jika seorang perempuan tidak menikah di dunia, Allah akan menikahkanya dengan orang yang disukainya di syurga.

Kurnia Allah di syurga bukan hanya untuk laki-laki, melainkan untuk laki-laki dan perempuan, masing-masing punya pasangan. Seseorang mungkin berkata, Allah telah menyebutkan bidadari (al-hur al-in) sebagai pasangan bagi laki-laki, tetapi Allah tidak menyebutkan pasangan bagi perempuan. Jawapannya, Allah menyebutkan isteri bagi para suami kerana para suamilah yang biasa mencari dan menginkan isteri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my blog anniversary

Daisypath Anniversary tickers
 

AKU+DIA+KAMU Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review