http://imageshack.us/photo/my-images/841/love011.gif/

gaza i'm with you

Jumaat, 9 November 2012

pemilik cinta

Posted by SITI NORASHIDAH AB RAHAMAN @ shida swift at 11/09/2012 06:41:00 PTG
Cinta bukanlah segala-galanya yang kita perlu kejar..cinta boleh datang sendiri dengan izin dariNya..selagi tuhan kata ini bukan  waktunya, selagi itu cinta itu akan sendirian tetapi ianya tidak akan sendiri jika kita menyintaiNya…kerana itulah cinta yang sebenar-benarnya. Percaya pada apa yang telah ditentukan olehNya menjadi kunci kearah kebahagian cinta tersebut..kerana itu cintailah insan yang mencintaiNya juga kerana disitulah terlahirnya syurga didunia dan diakhirat..nur cinta itu biarlah mendapat maghrifah dariNya..biarlah tidak indah dimata orang, biarlah tidak cantik dipandang, biarlah tidak sekaya insan-insan yang lain, tapi biarkan ia indah dimata Allah, cantik dipandang disyurga kelak, biarlah ianya kaya dengan barakah dari Allah..tidak perlu bermudah pujangga dengan cinta dunia, tapi berlagulah dengan cinta yang hakiki itu..tak perlulah menjadi pohon yang rendah martabatnya tapi jadilah pohon yang berada dipuncak gunung..sukar diperolehi oleh tangan-tangan yang rakus..yang layak hanyalah tangan yang penuh dengan kesabaran dan tahu nilai pohon tersebut..cinta kata insan-insan biasa adalah cinta itu cinta yang buta tapi bagi yang dirahmati hidupnya, cinta itu adalah cinta yang penuh dengan Nur rahmat dariNya..cinta itu sungguh indah andai ia dibajai dengan iman dalam jiwa oleh si pencari cinta..andai pencari cinta tahu betapa bernilainya sesebuah cinta itu, pasti ia tidak akan diakhiri dengan kecurangan, tangisan dan perpisahan…lindungilah cinta kerana ianya hanya layak diberi pada sipemiliknya..

p/s: andai aku tahu dia pemilik cinta ini, pasti aku tidak akan pernah mencemarkannya dengan percintaan yang membawa aku kepada kelalaian..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my blog anniversary

Daisypath Anniversary tickers
 

AKU+DIA+KAMU Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review