We love our muslimat :)
• Menundukkan pandangan
Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.
• Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.
• Tidak berkhalwat (berdua-duaan)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya.”
• Menghindari tempat syubhat
Sabda Rasulullah SAW:
“Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…” (Riwayat Bukhari)
Adab khas untuk wanita • Iltizam dengan pakaian Islam
Firman Allah:
“Wahai Nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.”
Dan firmanNya lagi:
“Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliyyah bertabrruj.”
• Serius dalam ucapan
Tidak ‘mengada-ngada’ atau bermanja-manja dalam percakapan.
Firman Alla :
“Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanja-manjakan) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.”
• Menjaga pergerakan
Tidak harus mereka memperlihatkan liuk lintuk dan lenggan lenggok yang menggoda.
Firman Allah:
“Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.”
i'm not own this article
credit to: Ir Asrul(mohammad asrul mohd salim)

2 comments:
bersamalah kita menyebarkan keindahan islam didunia ini..kerana bila berhadapan dengan Allah yang maha mulia, sekurang-kurang kita ada sesuatu yang berguna untuk dijadikan bekal diakhirat kelak..bersama-samalah kita menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di dunia yang fana ini...salam perkenalan..
terima kasih..insyaAllah selagi diberi kesempatan..sekurg2 kita tidak menyebar sesuatu yg tidak berguna walaupun diri sendiri byk melakukan kesilapan..
Catat Ulasan